Tampilkan postingan dengan label fitnah. Tampilkan semua postingan
Tampilkan postingan dengan label fitnah. Tampilkan semua postingan
Rabu, 01 Januari 2014
PAPAGOMO Sedang Disaman RM10juta kerana Fitnah
Kebetulan Tulang Besi mendapat maklumat dari seorang yang rapat dengan team projek menyaman Papagomo ini.
Antara maklumat yang didapati adalah:
1.0 Sepupu Papagomo pun akan dipanggil menjadi saksi Husam Musa untuk mengecam Papagomo dan beliau telah sanggup menjadi saksi.
2.0 Turut dipanggil adalah beberapa orang orang besar di dalam Tentera Laut Di Raja Malaysia kerana mereka yg telah membenarkan Papagomo masuk ke kapalselam Scorpene
3.0 Zahid Hamidi dan SU Zahid Hamidi pun akan dipanggil sebagai saksi
4.0 Tun Faisal UMB pun akan dipanggil sebagai saksi sebagai mengecam Papagomo
5.0 Peguam Papagomo pula kerap minta supaya kes ditangguhkan. Tampak begitu takut Papagomo ini untuk berhujjah dalam mahkamah.
6.0 Diberitakan selepas ini ramai lagi orang akan menyaman Papagomo ini i.e. Khalid Samad, Nik Nazmi, Elizabeth Wong, Haliza Talha, Dr Halimah Ali dsbnya. Semua nama di atas dan lebih dari itu telah menjadi mangsa fitnah Papagomo. Ada ka Papagomo kata Dr Halimah Ali ditangkap khalwat padahal pada waktu itu Dr Halimah sedang merasmikan program yang disaksikan oleh ratusan orang.
7.0 DI samping itu, pihak MBPJ juga mahu pihak berkuasa mendakwa PApagomo kerana memalsukan dokumen rasmi Kerajaan Tempatan. Masih ingatkah lagi Papagomo memalsu minit mesyuarat yang menuduh Khalid Samad, Nik Nazmi dsbnya menghalang Gereja DUMC dari ditutup. Malangnya, pemalsuan dokumen tersebut gagal apabila dokumen tersebut menyatakan Gereja DUMC terletak di Damansara Utama. PAdahal Gereja DUMC tu terletak di Seksyen 9 Petaling Jaya.
8.0 Papagomo juga perlu didakwa di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri kerana mendedahkan rupa bentuk dalaman kapal selam Scorpene yang menjadi rahsia ketenteraan negara. Tapi pasal dia UMNO, dia terlepas segalanya.
9.0 Cuma yang bagus pasal Papagomo ini adalah beliau tidak lari lintang pukang macam kawan dia Ruang Bicara Faizal bila diserahkan writ saman.
10.0 SYukur alhamdulillah. Doa Tulang Besi di hadapan Kaabah supaya Papagomo dijahanamkan oleh Allah SWT sudah mula makbul.
11.0 MEngikut rakan2 wartawan Tulang Besi, Papagomo mengaku kepada mereka yang segala penulisan beliau adalah atas bayaran dari pemimpin2 UMNO. Yang ini, Tulang Besi tidak dapat pastikan 100%.
TULANG BESI
@Tulang Besi to Malaysia Waves
Anwar Karpal dakwa calon Umno fitnah kait surat palsu
August 04, 2013
Anwar dan Karpal membuat laporan polis terhadap Dr. Mazlan. - Gambar The Malaysian Insider oleh Najjua Zulkefli, 4 Ogos, 2013.Calon Umno bagi kerusi Parlimen Permatang Pauh, Dr Mazlan Ismail kini menjadi perhatian apabila Datuk Seri Anwar Ibrahim dan peguamnya, Karpal Singh membuat laporan polis terhadapnya selepas akhbar mendedahkan beliau menerima 6,000 surat yang mendakwa Ketua Pembangkang itu membayar RM50 juta kepada peguamnya itu sebagai rasuah sejak 2008.
"Surat yang tidak diketahui pengirimnya tidak mempunyai asas kukuh dalam undang-undang," kata Karpal ketika sidang media di Ibu Pejabat PKR di sini.
Sambil menyelar tindakan Dr Mazlan yang mendedahkan perkara itu di media arus perdana, calon Umno ketika Pilihan Raya 2013 itu tegas Karpal seharusnya membawa perkara itu kepada pengetahuan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
Karpal berkata, pihaknya juga akan memfailkan saman fitnah terhadap Dr Mazlan.
Laporan media semalam menyebut Dr Mazlan mendedahkan lebih 6,000 surat yang tidak diketahui pengirimnya telah dihantar ke alamat rumahnya yang mana mendakwa Anwar membayar Karpal lebih RM50 juta sejak 2008 bagi kos guaman dan rasuah untuk hakim dan peguambela. - 4 Ogos, 2013.The Malaysian Insider
Langganan:
Postingan (Atom)