Tampilkan postingan dengan label lebuhraya. Tampilkan semua postingan
Tampilkan postingan dengan label lebuhraya. Tampilkan semua postingan

Sabtu, 08 Februari 2014

Rumah ditengah lebuhraya

 23 Nov 2012
 
Zheijang - Sebuah bangunan lima tingkat yang terisolasi ini tetap berdiri di teguh tengah jalan baru yang siap dibuka. Jalan luas terbentang tersebut berada di Wenling, Wilayah  Zheijang, China. Sebuah keluarga dari Desa Xiazhangyang berkeras tinggal di bangunan yang terisolasi tersebut kerana mereka tidak puas dengan lokasi baru yang ditawarkan oleh pemerintah. Seperti diberitakan China Daily yang dikutip  AsiaOne, Jumaat (23/11/2012), bangunan yang berada tepat di tengah jalan raya di Wenlin ini tidak diruntuhkan  kerana memang keluarga tersebut tak mau menerima tawaran pemerintah.

Padahal, para tetangganya yang tadinya berada dalam bangunan tersebut telah lebih dulu pergi ke  penempatan baru   di seputaran Stesyen Wenling.

 .. Selengkapnya ›
Read More..

Rabu, 25 Desember 2013

Kerajaan akui tak mampu ambil alih lebuhraya bertol

Harakahdaily, 30 Sep 2013
KUALA LUMPUR: Dewan Rakyat hari ini dimaklumkan bahawa kerajaan sebenarnya tidak mampu untuk mengambil alih lebuh raya dari syarikat konsensi tol dengan tahan kewangan yabg ada sekarang.

Timbalan Menteri Kerja Raya, Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin ketika mengakui perkara itu berkata, ini kerana ianya akan menyebabkan implikasi kewangan yang tinggi terhadap negara.

Menurutnya, pengambilalihan lebuh raya tersebut akan menelan belanja negara sebanyak RM400 bilion.

Jumlah itu pada fikiran kerajaan katanya, lebih utama untuk digunakan untuk membantu rakyat.

Pada kempen Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13), Pakatan Rakyat dalam manifestonya menawarkan penghapusan tol secara berperingkat jika berjaya menguasai putrajaya.

Terdahulu Siti Zailah Mohd Yusoff (PAS Rantau Panjang) menanyakan adakah kajian dilakukan terhadap pembayaran pampasan yang besar setiap tahun kepada syarikat konsesi.

Gobind Singh Deo (DAP-Puchong) pula bertanya sama ada kerajaan bercadang mengambil alih operasi lebuh raya dari syarikat konsesi atau tidak.

Ustaz Idris Ahmad (PAS-Bukit Gantang) juga bertanyakan adakah kerajaan mengenakan penalti kepada syarikat konsesi bila perjalan di lebuh raya menjadi sesak dan kadang-kadang lebih lambat berbanding jalan biasa.

Menjawab kepada soalan Ustaz Idris itu, timbalan menteri berkata, perkara itu sedang dalam kajian.

Read More..