Tampilkan postingan dengan label mb. Tampilkan semua postingan
Tampilkan postingan dengan label mb. Tampilkan semua postingan

Rabu, 01 Januari 2014

MB Selangor Azmin tidak perlu minta maaf

sinar harian
4 Oktober 2012
Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim
Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim
KUALA LUMPUR - Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali tidak perlu memohon maaf berikutan kenyataannya yang dianggap sebagai satu salah faham.

Malah, Abdul Khalid yang juga Menteri Besar Selangor dan Ahli Parlimen Bandar Tun Razak menganggap kenyataan Azmin adalah bersifat peribadi dan tidak mewakili pendirian pakatan pembangkang.
"Bagi saya, Azmin tidak perlu minta maaf. Kita tidak boleh salahkan Azmin kerana ada baiknya kenyataan beliau itu, maknanya orang boleh terima saya kerja di peringkat negeri dan Pusat.
“Saya tidak ada masalah kalau kedua-dua (peringkat), saya tidak dapat pun tiada masalah," katanya kepada pemberita di lobi Parlimen di sini, hari ini.

Azmin yang juga Ahli Parlimen Gombak, dilaporkan berkata Selangor akan mendapat Menteri Besar baru bagi menggantikan Abdul Khalid sekiranya Pakatan Rakyat memenangi Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).
Azmin berkata, Abdul Khalid lebih diperlukan di peringkat Pusat sekiranya pakatan pembangkang berjaya membentuk kerajaan selepas memenangi pilihan raya umum itu.

Ditanya mengenai kabinet bayangan pakatan pembangkang, Abdul Khalid berkata kabinet bayangan itu tidak perlu ditetapkan sehingga selepas PRU13 bagi membolehkan ketiga-tiga parti dalam pakatan pembangkang dapat menumpukan usaha menawan Putrajaya.
Terdahulu, ketika perbahasan Rang Undang-undang Perbekalan 2013, Ahli Parlimen Kinabatangan Datuk Bung Moktar Radin menempelak Kabinet bayangan PR yang disifatkan mengamalkan kronisme.

Malah, beliau berkata, ada dalam kalangan Ahli Parlimen khususnya dari Sabah tercicir daripada tersenarai dalam Kabinet bayangan itu.
"Mereka bercakap soal kronisme tapi apa yang saya lihat ini adalah cabinet kroni. Bapa, emak dan anak semua diangkat dalam Kabinet bayangan.

Tapi malangnya wakil Sabah seorang pun tidak diiktiraf.
"Sebab itu orang Sabah jangan tertipu, mereka boleh menjanjikan impian melangit tapi akhirnya ia hanya tinggal sekadar janji. Berbeza dengan BN yang beri empat wakil Sabah sebagai menteri dalam kabinet hari ini," katanya. - Bernama
Read More..

Kamis, 26 Desember 2013

DAP gesa tindakan ke atas MB Pahang

sinar
NORMAWATI ADNAN
21 Oktober 2012
DAP gesa tindakan ke atas MB Pahang
Kor Ming (kiri) menunjukkan video pertemuan Adnan dengan masyarakat Orang Asli Pahang pada sidang media, semalam.
IPOH - DAP Perak menuntut Lembaga Disiplin Umno mengambil tindakan terhadap Menteri Besar Pahang atas kekasaran bahasa yang didakwa digunakan dalam pertemuannya bersama penduduk Orang Asli di negeri itu, beberapa hari lalu.
Setiausahanya, Nga Kor Ming berkata, penggunaan perkataan kasar dan kesat tidak sepatutnya dikeluarkan seorang pemimpin yang menjawat jawatan tertinggi dalam negeri.

Katanya, insiden yang dimuat naik melalui laman YouTube itu agak memalukan apabila ada ketikanya, Datuk Seri Adnan Yaakob mengeluarkan kata-kata yang tidak sepatutnya.                
“Tuntutan yang ditimbulkan Orang Asli itu hanyalah membabitkan tanah yang masih belum selesai, jadi beliau tidak sepatutnya menggunakan perumpamaan yang tidak sepatutnya, apatah lagi mengeluarkan perkataan kasar kepada mereka.

“Kita harap Lembaga Disiplin Umno sedar akan keadaan ini dan mengambil tindakan sewajarnya,” katanya, semalam.

Menurutnya, DAP turut menggesa Adnan mengemukakan permohonan maaf secara terbuka kepada masyarakat Orang Asli dan wanita.

Video bertajuk ‘MB Pahang baca tuntutan memorandum Orang Asal’ berdurasi 11 minit 14 saat itu dimuat naik sejak 17 Oktober lalu.
Read More..

Rabu, 18 Desember 2013

Tee Yong tidak setaraf MB Selangor tuntut permohonan maaf

September 18, 2012
 
KUALA LUMPUR, 18 Sept — Menteri besar (MB) Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim hari ini mengatakan bahawa ahli parlimen Labis, Datuk Chua Tee Yong bukanlah setaraf untuk berdebat dengannya dan menuntut permohonan maaf daripada ahli politik MCA itu berhubung isu Talam.
“Malah, saya juga dicabar berdebat oleh Ahli Parlimen Labis, Datuk Chua Tee Yong (picture) tetapi beliau bukanlah individu yang sepatutnya membuat cabaran itu kerana tidak setaraf. 

“Tee Yong dan bapanya, Datuk Seri Dr Chua Soi Lek boleh terus membangkitkan isu Talam ini di media arus perdana tetapi saya tidak akan terlibat dalam permainan politik kotor mereka.
“Bagaimanapun, saya sedia mempertimbangkan untuk mengadakan perbincangan secara baik dengan Tee Yong sekiranya beliau memohon maaf kerana menuduh kerajaan negeri bailout Talam RM1 billion- tuduhan yang telah dibuktikan tidak benar oleh laporan audit KPMG, kata Khalid dalam sebuah kenyataan yang dikirimkan kepada The Malaysian Insider petang tadi.

Baru-baru ini, ahli parlimen Labis mencabar MB Selangor untuk berdebat dengannya mengenai isu Talam.
Negeri Selangor walaubagaimanapun menghantar empat orang wakil iaitu ahli parlimen Selayang, William Leong dari PKR, ahli parlimen Kuala Selangor, Dr Dzulkefly Ahmad, ahli parlimen Petaling Jaya Utara, Tony Pua dan setiausaha politik MB Selangor, Faekah Husin.
Anak kepada presiden MCA itu walaubagaimanapun enggan berdebat dengan wakil yang dilantik oleh kerajaan Selangor itu dan menegaskan beliau hanya mahu berdebat dengan Khalid.

“Jika Tee Yong membuat penyelidikan sejarah  debat politik, beliau akan sedar bahawa sebenarnya debat antara ahli politik lebih menjurus kepada polisi atau dasar.
“Cukai, pendidikan, kesihatan, pertahanan- menjadi isu  penting dan memberi kesan  langsung kepada rakyat. 
“Di Amerika Syarikat dan Britain, isu-isu ini dibahas panjang lebar oleh ahli politik dan pemimpinnya. Ini jauh berbeza dengan topik yang dibangkitkan Tee Yong yang saya anggap tidak  relevan dan remeh,” tambah Khalid lagi.

Menurut Khalid, beliau bersedia mempertimbangkan cabaran debat sekiranya diminta berbahas mengenai polisi kerajaan negeri seperti Merakyatkan Ekonomi Selangor (MES) atau Skim Pemilikan Rumah Persendirian di mana sumber negeri dikongsi secara adil bersama rakyat tanpa mengira kaum dan agama.
“Bagaimanapun, saya tidak mahu membuang masa berdebat mengenai mekanisma pengutipan hutang Talam.
“Berhubung pemulihan hutang Talam, saya percaya persoalan yang dibangkitkan Tee Yong telah dijawab dengan baik oleh badan bebas dan profesional.
“Ini kerana, kerajaan negeri telah pun melantik KPMG — salah satu dari empat firma audit terbesar untuk menjalankan audit secara komprehensif,” katanya. The Malaysian Insider
Read More..