Tampilkan postingan dengan label meninggal. Tampilkan semua postingan
Tampilkan postingan dengan label meninggal. Tampilkan semua postingan

Senin, 17 Februari 2014

Nelson Mandela meninggal dunia


JOHANNESBURG - AFRIKA SELATAN. Bekas Presiden Afrika Selatan, Nelson Mandela meninggal dunia, di rumahnya di sini, semalam kerana jangkitan paru-paru yang dihidapinya.

Beliau meninggal dunia pada usia 95.

Pengumuman mengenai berita kematian tersebut dibuat oleh Presiden Afrika Selatan, Jacob Zuma.

"Pengasas demokrasi negara kita, telah pergi secara aman.

"Negara kita telah kehilangan seorang insan yang sangat berharga.

Rakyat kita kehilangan seorang ayah," kata Zuma.

Mandela mula jatuh sakit Jun lalu dan sejak dimasukkan ke hospital, keadaannya semakin kritikal sehingga terpaksa dikejarkan ke hospital di Pretoria.

Media melaporkan, Mandela mengalami isu kesihatan dan terpaksa berulang-alik ke hospital dalam tempoh lima tahun kebelakangan ini.
Read More..

Minggu, 09 Februari 2014

Pelumba Motosikal Super Siri Malaysia Meninggal Dunia

alt
KUALA LUMPUR 25 Sept - Pelumba Kejuaraan Motosikal Super Siri Malaysia (MSS) 2013, Muhammad Izzat Mohd Abdul Hakim, meninggal dunia di Hospital Kuala Lumpur (HKL) hari ini, lima hari selepas terbabit dalam kemalangan di Litar Antarabangsa Sepang (SIC).
Ketua Polis Daerah Sepang, Suprintendan Imran Abdul Rahman ketika dihubungi Bernama berkata, pelumba berusia 17 tahun itu meninggalkan dunia pada pukul 1 tengah hari akibat kecederaan parah di bahagian kepala.
Dalam insiden Sabtu lepas, Muhammad Izzat, yang beraksi dalam kelas 250cc, dipercayai gagal mengawal jenteranya di laluan lurus sebelum terbabas dan melanggar marsyal perlumbaan S. Satish, 44, pada pukul 12.30 tengah hari sebelum berakhirnya sesi latihan.
Satish meninggal dunia di Hospital Putrajaya pada hari yang sama selepas mengalami kecederaan serius di kepala manakala Muhammad Izzat, yang turut mengalami kecederaan parah, dihantar ke HKL.
Berikutan kemalangan itu, perlumbaan pusingan keempat MSS 2013 ditangguhkan.

Read More..

Kamis, 26 Desember 2013

Awas…Remaja Britain Meninggal Dunia Waktu ‘FIRST TIME’ Kali Guna TAMPON!


SEORANG remaja perempuan meninggal dunia selepas menggunakan tampon (gambar kecil di atas) buat pertama kali akibat satu keadaan kejutan toksik yang jarang berlaku.

Natasha Scott-Falber (Gambar)  maut akibat jangkitan sejenis bakteria yang hanya berlaku kepada kira-kira 40 orang setahun di Britain.

Keluarga remaja berusia 14 tahun ini kini telah melancarkan kempen untuk menyedarkan orang ramai tentang bahaya sindrom itu.

Natasha berasal dari Caerwent, Monmountshire meninggal dunia pada 14 Februari lalu selepas jatuh sakit tetapi pada mulanya ia disangka sebagai sejenis jangkitan norvovirus.

Namun hanya baru-baru ini mereka menerima hakikat bahawa Natasha meninggal dunia akibat sindrom berkenaan.

Keluarganya memakumkan di Facebook bahawa Natasha sudah pun mengikuti semua arahan yang disertakan pada bungkusan tampon berkenaan sebelum menggunakannya.

“Sindrom kejutan Toksik yang menyebabkan kematian ketika sistem badannya pertama kali mengenali tampon, ia jarang berlaku tetapi ia boleh membunuh,” katanya.

Kini keluarga Natasha memberi fokus kepada menyemai kesedaran berkenaan sindrom itu dan cuba menghindarkan orang lain turut mengalami keadaan yang sama.

Keluarganya akan bekerjasama dengan sekolah dan perkhidmatan kesihatan tempatan untuk mendidik remaja mengenai sindrom berkenaan dan bahayanya.

Tampon ialah sejenis aksesori wanita untuk menghentikan darah haid atau keputihan cuma ia digunakan dengan memasukkannya ke dalam bahagian intim wanita tidak seperti memakai tuala wanita biasa.


Read More..