Tampilkan postingan dengan label polis. Tampilkan semua postingan
Tampilkan postingan dengan label polis. Tampilkan semua postingan
Jumat, 14 Maret 2014
Bekas Banduan Bunuh Isteri Serah Diri – Polis

KUALA LUMPUR – Seorang lelaki yang baru dibebaskan dari penjara 12 Oktober lalu, menyerah diri kepada polis selepas menikam isteri yang kemudian mati, dalam kejadian di Ladang Bukit Darah Kundang, Sungai Buloh dekat sini malam Ahad.
Ketua Polis Daerah Gombak ACP Abdul Rahim Abdullah berkata suspek berusia 35 tahun itu menyerah diri di Balai Alam Jaya tidak lama selepas kejadian.
“Dalam kejadian 9 malam itu, suspek pulang ke rumah dalam keadaan mabuk dan menuduh isterinya mempunyai hubungan sulit dengan lelaki lain.
“Suspek menggunakan pisau sepanjang 32 cm untuk menikam isteri yang berusia 36 tahun beberapa kali di bahagian belakang, bagaimanapun mangsa sempat melarikan diri ke rumah jiran dalam keadaan berlumuran darah dan meminta bantuan sebelum mati beberapa minit kemudian,” katanya ketika dihubungi Bernama, Isnin.
Menurutnya siasatan awal juga mendapati pasangan itu sering bergaduh.
Polis sedang meneliti rekod jenayah suspek dan kes ini disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh dan Seksyen 506 kanun yang sama. – BERNAMA
Rabu, 01 Januari 2014
Polis Temui Lima Senjata Api Di Nilai

SEREMBAN – Polis memberkas seorang lelaki dan merampas lima senjata api serta satu senapang panah dalam serbuan di sebuah rumah di Taman Enstek, Nilai, dekat sini Jumaat.
Menurut jurucakap polis, serbuan pukul 11 pagi itu pada asalnya berhubung narkotik namun pemeriksaan oleh pasukan polis daripada bahagian narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah Nilai di rumah berkenaan, menemukan dua laras senapang patah, dua laras mesingan, sepucuk pistol dan satu senapang panah.
“Polis juga menemui beberapa butir peluru hidup,” katanya di sini Sabtu.
Katanya polis juga menemui sekotak rokok mengandungi dadah jenis syabu dipercayai milik lelaki tempatan berusia 35 tahun itu.
Menurutnya polis sedang menyiasat motif lelaki itu menyimpan senjata terbabit.
“Kita juga sedang menyiasat sekiranya ada individu lain yang terlibat selain kaitan suspek dengan kes jenayah di negeri ini,” katanya.
Katanya suspek kini ditahan reman selama seminggu bermula semalam dan kes itu disiasat mengikut Seksyen 7 Akta Senjata Api 1971 (Penalti Lebih Berat).
Sementara itu, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik negeri Supt Baharom Othman ketika dihubungi mengesahkan kejadian. – BERNAMA
Minggu, 29 Desember 2013
Polis Kes kematian Karuna tiada unsur jenayah
| Malaysiakini Jun 2 2013 |
Ketua polis Negeri Sembilan Datuk Osman Salleh berkata tiada unsur jenayah dalam kes kematian seorang jurutera, P Karuna Nithi yang maut semasa dalam tahanan polis malam semalam.
"Laporan bedah siasat masih belum keluar, jadi saya tidak boleh mengulas lanjut. Kami telah mengklasifikasikan kes sebagai kematian mengejut, tidak ada unsur jenayah," kata Osman sepeti dipetik laman Astro Awani.
Karuna ditahan pada hari Isnin lalu selepas didakwa menyerang isterinya. Beliau didakwa mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan pada hari Jumaat lalu.
Menurut bekas MP Kapar S Manikavasabam, yang kini membantu keluarga Karuan berkata, anggota keluarga si mati tidak mampu mengumpul RM4,000 untuk jaminan.
Keluarga berkenaan bercadang untuk membayar jaminan tersebut esok.
Mereka bagaimanapun dimaklumkan mengenai kematian Karuna pada malam tadi.

Langganan:
Postingan (Atom)