Jumat, 14 Februari 2014

Browse » home» » » » » » » » » » Pakatan pilih Padang Merbok sebagai tempat perhimpunan 15 Jun

Pakatan pilih Padang Merbok sebagai tempat perhimpunan 15 Jun


Oleh Syed Jaymal Zahiid
June 05, 2013
Orang ramai menghadiri sebuah perhimpunan “Black 505” di Stadium Kelana Jaya 8 Mei 2013. — Gambar failPETALING JAYA, 5 Jun ― Pakatan Rakyat (PR) akan mengadakan perhimpunan “Black 505” untuk membantah pertuduhan penipuan Pilihan Raya 2013 di Padang Merbok selepas mendengar nasihat pihak berkuasa supaya tidak menggunakan Dataran Merdeka sebagai lokasi, dedah pemimpin mereka hari ini.

Pengarah strategi PKR dan Ahli Parlimen Pandan Rafizi Ramli mengatakan notis untuk mengadakan perhimpunan Sabtu depan pada pukul 2.00 petang telah dihantar kepada polis dan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) hari ini dan menjangkakan tiada tangkapan akan dibuat kerana ianya mengikut peruntukkan Akta Perhimpunan Aman (APA).

“Keputusan untuk mengadakan perhimpunan ‘Black 505’ di Padang Merbok mengambil kira nasihat Polis Diraja Malaysia (PDRM) agar tidak menggunakan Dataran Merdeka walaupun kami fikir ianya paling sesuai untuk rakyat berhimpun dan menyuarakan aspirasi mereka dalam tuntutan ‘Black 505,’” katanya kepada pemberita di ibu pejabat PKR di sini.

“Black 505” diwujudkan sebagai gerakan untuk membantah dakwaan penipuan pilihan raya berleluasa pada pilihan raya umum 5 Mei yang menyaksikan gabungan Barisan Nasional (BN) terus mengekalkan kuasa walaupun kehilangan undi popular.

Tidak ada komentar:

Posting Komentar