Minggu, 16 Februari 2014

Browse » home» » » » » » » » » Pemuda lesap selepas bergaduh dengan isteri ditemui mati

Pemuda lesap selepas bergaduh dengan isteri ditemui mati




KUCHING – Misteri kehilangan seorang pemuda yang keluar rumah selepas bergaduh dengan isterinya sejak hari raya kedua lalu terjawab apabila mayatnya ditemui dalam keadaan sudah tinggal rangka di dalam semak di Lorong 2, Jalan Cenderawasih di sini semalam.

Rangka milik Mohamad Irwan Syah Abdul Bahar, 27, ditemui pada pukul 9 pagi lengkap berbaju T hijau dan berseluar pendek oleh seorang pencari kayu, Norudin Abdullah, 36, kira-kira 50 meter dari lorong tersebut.

Rangka tersebut ditemui dalam keadaan terlentang dengan kepalanya hampir terbenam ke dalam tanah.
Selain itu sebuah tilam turut ditemui di sisi mayat tersebut. Jarak tempat kejadian dan rumah mangsa yang terletak di Kampung Semariang Baru Fasa II kira-kira 500 meter – Kosmo Online

Tidak ada komentar:

Posting Komentar