Tampilkan postingan dengan label lelaki. Tampilkan semua postingan
Tampilkan postingan dengan label lelaki. Tampilkan semua postingan

Selasa, 18 Februari 2014

Lelaki Tanpa Busana Lepaskan Tembakan Depan Kampus

15 Mei 2012
Pria Tanpa Busana Lepaskan Tembakan di Depan Kampus
google



Dalam keadaan telanjang, seorang lelaki melepaskan tembakan dari pistol  yang dibawanya   depan sebuah kampus di Indiana, Amerika Syarikat.

Mereka yang terganggu atas kelakuannya, segera menelipon polis.Setibanya polis di lokasi, mereka melihat  lelaki  itu sedang bermain bunga api dan satu tangan  menggenggam senjata  api.

Ketika polis mendekatinya, lelaki yang namanya belum diketahui itu, ia mengarahkan senjatanya ke arah  anggota polis , seolah-olah akan melepaskan tembakan.

Bereaksi terhadap ancaman tersebut, seorang petugas polis  segera melepaskan tembakan  , dan membuat  lelaki itu terluka. Ia segera dikejarkan ke rumah sakit untuk menerima perawatan medis.

Menurut pemberitaan Herald Times, Isnin (14/5/2012), lelaki ini dipercayai seorang mahasiswa  , namun belum dikonfirmasi apakah dia sebagai mahasiswa di Universiti Indiana.
Tersangka berdasarkan catatan polis, sebelumnya pernah ditangkap atas tuduhan memiliki ganja.
Read More..

Selasa, 11 Februari 2014

Perkhidmatan Sewa Teman Lelaki Untuk Wanita Solo




CHINA – Sewa teman lelaki. Jangan terkejut kerana perkara ini berlaku di China apabila sebuah laman web menawarkan lelaki untuk disewa oleh kaum wanita.

Ia adalah untuk kaum wanita yang masih solo dan berdepan dengan tekanan daripada ibu bapa untuk mencari pasangan hidup.

Dengan menyewa lelaki terbabit, mereka boleh membawanya pulang ke kampung dan bertemu dengan ibu bapa.

Lelaki ini akan menyamar sebagai teman lelaki bagi jangka masa yang ditetapkan.
Melalui laman web Taobao, perkhidmatan sewa lelaki ini ditawarkan dan ia lengkap dengan jumlah bayaran yang perlu dibayar oleh kaum wanita.

Beberapa syarat ditetapkan iaitu lelaki ini perlu disewa dengan minimum tiga hari dan penyewa perlu membayar untuk makan malam bernilai £5, beli-belah (£3) dan bayaran 30 yuan dikenakan untuk setiap jam.

Namun jika penyewa ingin membawa `teman lelaki’ menonton wayang, mereka perlu membuat bayaran dan jumlah akan meningkat dua kali ganda jika filem yang ditonton adalah cerita seram.

Bayaran 50 yuan dikenakan untuk ciuman di bibir, tetapi berpegang tangan dan ciuman selamat tinggal di bahagian dahi atau pipi adalah percuma.

Perkhidmatan sewa teman lelaki ini mendapat sambutan menggalakkan terutama pada musim perayaan tahun baru Cina, iaitu ketika ahli keluarga berhimpun.

Proses pemilihan bermula dengan pertemuan antara pelanggan dan syarikat terbabit.

Pasangan itu kemudiannya akan bertukar gambar dan mereka akan menjalani sesi latihan sebelum perkhidmatan itu bermula.

Sumber:
Read More..

Rabu, 01 Januari 2014

Lelaki Yang Mengubah Dirinya Menjadi Kucing Bunuh Diri

Dennis Avner, 54, yang menghabiskan usianya dengan melakukan pembedahan bagi menukar dirinya menjadi kucing betina, ditemui mati di rumahnya di Tonopoh.



Avner yang gemar digelar sebagai `Stalking Cat’ juga seorang veteran tentera laut.

Punca kematiannya masih disiasat namun dia dipercayai membunuh diri.

Sepanjang hayatnya, Avner telah menghabiskan beribu-ribu dolar untuk menjalani pembedahan bagi membentuk bibirnya seperti kucing, mengubah bentuk telinga, memasukkan silicon ke pipi, membuat tatu kucing di muka serta badannya, untuk kelihatan seperti seekor kucing betina.

Semua pembedahan itu dijalankan oleh Steve Haworth, yang mengkhusus dalam teknik mengubah badan.

Dia yang berasal dari keturunan primitif Amerika Syarikat, telah mendapat inspirasi untuk menjadi kucing selepas berbincang dengan ketua puaknya.

Dengan kuku yang dibiarkan panjang dan kulit yang ditatu seperti kucing, dia menjadi terkenal di kawasan perumahannya.

Avner yang bekerja sebagai pengubahcara computer, sering muncul dalam rancangan Ripley’s Believe It or Not! dan program lain di seluruh dunia.

-Mynews
Read More..

Master Nau Lelaki Paling Pendek Di Dunia


NEPAL – Master Nau, 73, bakal dinobatkan sebagai lelaki paling pendek di dunia dengan ketinggian hanya 16 inci sahaja.

Jika dia dinamakan sebagai lelaki paling pendek di dunia, Nau akan menewaskan pemegang rekod Guinness World of Records dari Taiwan yang mempunyai ketinggian 27 kaki.

“Pasukan pengurusan kami telah menerima permohonan berkenaan dan kami sedang menilainya,’’ kata Guinness dalam satu emel kepada HuffPost.

Nau menetap bersama keluarga adiknya di Bhairahawa, kira-kira 217 batu dari Kathmandu.

Dalam pada itu, anak saudaranya, Seema Sheikh,  berkata, bapa saudaranya itu suka makan dan mendengar muzik.

“Dia suka makan makanan pedas dan gemar mendengar muzik Hindi dan Nepal.

“Kami selalu mengupah beca untuk membawanya ke pasar namun setiap kali dia keluar, orang ramai akan merenungnya dan mula mengerumi dia menyebabkan keadaan menjadi sukar,’’ katanya.
Read More..

Selasa, 31 Desember 2013

Anis Aneesa Sudah Kahwin Dengan Lelaki Syria


PENYANYI Anis Aneesa mengakui dia sudah pun berkahwin dengan lelaki kelahiran negara Syria pada Oktober dan kini memiliki seorang anak lelaki bernama Mohd Kaiser, tiga bulan.

Anis atau nama sebenarnya Nuranishazwani Mushidi, 27, bagaimanapun berkata, suaminya yang hanya mahu dikenali sebagai Mr.K itu bukanlah lelaki sama yang yang bertunang dengannya pada Januari 2012 dan berharap agar tiada pihak yang keliru.

“Saya ini, bertunang dengan lelaki Iran, kahwin pula dengan lelaki Syria pada Oktober tahun lalu. Tak sangka kan, bercakap tentang jodoh, segala kemungkinan boleh berlaku.

“Tetapi semua ini berpunca selepas saya mendapat tahu bekas tunang saya itu cuba mengambil kesempatan terhadap diri dan keluarga. Selepas empat bulan putus, saya mengenali Mr.K dan tanpa melengahkan masa kami terus rancang untuk berkahwin.

“Alhamdulillah, saya dan suami sudah pun memiliki seorang anak lelaki dan dia merupakan pelengkap rumah tangga kami ,” katanya kepada mStar Online.

Tambah Anis, kehadiran anaknya itu juga membuatkan dia dan suami berasa lebih bertanggungjawab dan bersifat lebih matang dalam melalui proses kehidupan sebagai suami isteri.

Sementara itu, Anis juga baharu sahaja mengadakan majlis cukur jambul Kaiser di kediamannya di Selayang Baru dekat sini pada Sabtu lalu dengan kehadiran kira-kira 100 orang tetamu.

Kata penyanyi Qasidah Cinta itu, dia tidak sangka dan bersyukur, walaupun tidak terlalu kerap meraih publisiti sebagai penyanyi, namun dia masih lagi menerima beberapa penajaan bagi menjayakan majlis cukur jambul itu.

“Syukur, saya ingin mengucapkan terima kasih kepada penaja Ayubi Catering, Mama Danish Deco & Craft, Little Big Shot Photography dan Es Studio KL kerana sudi menaja majlis kami.

“Dalam pada itu, saya tidak sangka ramai yang hadir memeriahkan majlis ini, Alhamdulillah,” tuturnya.

Bagaimanapun, dirinya yang baharu saja kehilangan bapa, Mushidi Desa, 52, pada 1 September lalu mengakui berasa sedih kerana tidak dapat bersama meraikan anak lelakinya itu.

“Memang terasa sangat apabila majlis ini diadakan tanpa arwah ayah, tetapi saya reda dan hanya mendoakan yang terbaik buat dirinya,” kata Anis. – mStar
Read More..

Sabtu, 28 Desember 2013

Stas Fedyanin Model Pakaian Wanita Tetapi Lelaki 12 Gambar

Its a trap!

Stas Fedyanin ialah seorang lagi model lelaki yang cuba mengukir nama di dalam bidang peragaan wanita. Beliau ialah the Russian version of Andrej Pejic yang kami pernah paparkan memperagakan bra walaupun beliau seorang lelaki! Remaja berumur 16 tahun ini sekali pandang nanmpak macam Kiera Knightley. Nampaknya dunia semakin banyak TARP. Nong Poy approves this





Sumber - BlogSerius
Read More..

Selasa, 24 Desember 2013

Mengerikan Lelaki ini dimakan oleh beruang


Posting kali ini sangat mengerikan, seorang warga Republik Sakha telah diserang dan di makan oleh beruang. Beruang tersebut telah memakan daging lelaki malang ini mulai dari perut hingga kaki, terdapat juga luka-luka yang sangat mengerikan di sekujur tubuhnya. Tidak boleh membayangkan bagaimana serangan ini terjadi hingga menyebabkan orang ini luka parah, kemudian meninggal dan beruang tersebut akhirnya memakan tubuh lelaki ini. Beruang pun akhirnya dapat di bunuh oleh seorang pemburu yang berhasil menembaknya.

Saya tidak mengerti kejadian seperti ini sebetulnya merupakan kesalahan manusia kerana mengganggu habitat mereka, atau manusia itu sendiri merupakan sebahagian rantai makanan yang terjadi di alam seperti halnya  tikus makan padi, kemudian tikus dimakan ular, ularpun di makan helang dan helang mati jadi pupuk bagi padi. Apapun status peristiwa ini, yang paling penting dilakukan oleh manusia adalah menjaga kelestarian alam dengan tetap menjaga keseimbangan alam sehingga apa yang mestinya di makan oleh beruang bukan malah dimakan oleh manusia, jika tidak ingin beruang makan manusia.

Tragis!!, Pria Ini Dimakan Oleh Beruang (Foto Mengerikan)

Tragis!!, Pria Ini Dimakan Oleh Beruang (Foto Mengerikan)

Tragis!!, Pria Ini Dimakan Oleh Beruang (Foto Mengerikan)

Tragis!!, Pria Ini Dimakan Oleh Beruang (Foto Mengerikan)

Tragis!!, Pria Ini Dimakan Oleh Beruang (Foto Mengerikan)

Tragis!!, Pria Ini Dimakan Oleh Beruang (Foto Mengerikan)

Tragis!!, Pria Ini Dimakan Oleh Beruang (Foto Mengerikan)

Tragis!!, Pria Ini Dimakan Oleh Beruang (Foto Mengerikan)

Tragis!!, Pria Ini Dimakan Oleh Beruang (Foto Mengerikan)

Tragis!!, Pria Ini Dimakan Oleh Beruang (Foto Mengerikan)
- See more at: http://realifact.blogspot.com/2013/01/tragis-pria-ini-dimakan-oleh-beruang.html#.UTFr-DBkMUM


Read More..