Selasa, 31 Desember 2013
Browse »
home»
aneesa
»
anis
»
dengan
»
kahwin
»
lelaki
»
sudah
»
syria
»
Anis Aneesa Sudah Kahwin Dengan Lelaki Syria
Anis Aneesa Sudah Kahwin Dengan Lelaki Syria
PENYANYI Anis Aneesa mengakui dia sudah pun berkahwin dengan lelaki kelahiran negara Syria pada Oktober dan kini memiliki seorang anak lelaki bernama Mohd Kaiser, tiga bulan.
Anis atau nama sebenarnya Nuranishazwani Mushidi, 27, bagaimanapun berkata, suaminya yang hanya mahu dikenali sebagai Mr.K itu bukanlah lelaki sama yang yang bertunang dengannya pada Januari 2012 dan berharap agar tiada pihak yang keliru.
“Saya ini, bertunang dengan lelaki Iran, kahwin pula dengan lelaki Syria pada Oktober tahun lalu. Tak sangka kan, bercakap tentang jodoh, segala kemungkinan boleh berlaku.
“Tetapi semua ini berpunca selepas saya mendapat tahu bekas tunang saya itu cuba mengambil kesempatan terhadap diri dan keluarga. Selepas empat bulan putus, saya mengenali Mr.K dan tanpa melengahkan masa kami terus rancang untuk berkahwin.
“Alhamdulillah, saya dan suami sudah pun memiliki seorang anak lelaki dan dia merupakan pelengkap rumah tangga kami ,” katanya kepada mStar Online.
Tambah Anis, kehadiran anaknya itu juga membuatkan dia dan suami berasa lebih bertanggungjawab dan bersifat lebih matang dalam melalui proses kehidupan sebagai suami isteri.
Sementara itu, Anis juga baharu sahaja mengadakan majlis cukur jambul Kaiser di kediamannya di Selayang Baru dekat sini pada Sabtu lalu dengan kehadiran kira-kira 100 orang tetamu.
Kata penyanyi Qasidah Cinta itu, dia tidak sangka dan bersyukur, walaupun tidak terlalu kerap meraih publisiti sebagai penyanyi, namun dia masih lagi menerima beberapa penajaan bagi menjayakan majlis cukur jambul itu.
“Syukur, saya ingin mengucapkan terima kasih kepada penaja Ayubi Catering, Mama Danish Deco & Craft, Little Big Shot Photography dan Es Studio KL kerana sudi menaja majlis kami.
“Dalam pada itu, saya tidak sangka ramai yang hadir memeriahkan majlis ini, Alhamdulillah,” tuturnya.
Bagaimanapun, dirinya yang baharu saja kehilangan bapa, Mushidi Desa, 52, pada 1 September lalu mengakui berasa sedih kerana tidak dapat bersama meraikan anak lelakinya itu.
“Memang terasa sangat apabila majlis ini diadakan tanpa arwah ayah, tetapi saya reda dan hanya mendoakan yang terbaik buat dirinya,” kata Anis. – mStar
Langganan:
Posting Komentar (Atom)
Tidak ada komentar:
Posting Komentar