Minggu, 29 Desember 2013

Browse » home» » » » » » » Jutawan Tampal Kalimah Syahadah Diarah Tanggal

Jutawan Tampal Kalimah Syahadah Diarah Tanggal



Jutawan Tampal Kalimah Syahadah Diarah Tanggal
Jutawan Tampal Kalimah Syahadah Diarah Tanggal - Newport : Seorang jutawan telah diarahkan menanggalkan tulisan Allah dan khalimah syahadah yang ditampal di luar bangunan rumahnya, hanya kerana pihak berkuasa tempatan menyifatkannya sebagai satu pengiklanan.
Ayat-ayat tersebut disifatkan sebagai sama dengan banner iklan McDonald’s dan Marks and Spencer.’
Pemilik rumah berkenaan, Mahmood Ali juga didakwa tidak mendapat kebenaran untuk mempamerkan ayat-ayat tersebut.
Namun Mahmood enggan mengalah.
Beliau kini menggunakan saluran undang-undang untuk membantah peraturan yang ditetapkan oleh pihak berkuasa tempatan di kawasan tersebut.
“Ia merupakan satu ingatan kepada seluruh isi rumah saya. Ayat-ayat berkenaan bukan satu iklan, malam ayat ini yang digunakan dalam kehidupan harian,” katanya yang mengecat ayat-ayat tersebut dengan warna hijau.
Ia dipasang di rumah lapan bilik miliknya bernilai £750,000 di Newport, South Wales.
Dalam satu kenyataan, pihak berkuasa tempatan memberitahu, hartanah tersebut bukannya masjid.
Ia juga disifatkan sebagai satu pengiklanan dan memerlukan kebenaran. – MyNewsHub

Tidak ada komentar:

Posting Komentar