Minggu, 22 Desember 2013

Browse » home» » » » » » » 44 Terbunuh Bas Terbakar Di Hyderabad

44 Terbunuh Bas Terbakar Di Hyderabad



HYDERABAD – Sekurang-kurangnya 44 terbunuh semalam bas yang mereka naiki dan dipandu laju meletup lalu terbakar selepas terbabit dalam kemalangan di lebuh raya di selatan India, kata polis. Hanya lima penumpang termasuk pemandu berjaya menyelamatkan diri.

Tragedi berlaku selepas bas terbabit merempuh kawasan yang sedang dibaik pulih di lebuh raya antara bandar raya Bangalore dan Hyderabad, sebelum tertusuk tangki minyak, kata jurucakap polis tempatan, Venkateshwarlu.

“Bilangan penumpang yang terbunuh adalah 44 orang termasuk kanak-kanak,” kata jurucakap.
Daripada 49 orang di dalam bas, lima termasuk pemandu dan pencuci bas, memecahkan tingkap dan menyelamatkan diri sebelum api marak, menyebabkan yang lain terkorban.

“Pemandu dan pencuci cuba melarikan diri tetapi polis berjaya menahan mereka dan kini ditahan untuk disoal siasat,” kata Venkateshwarlu, sambil menambah tiga lagi mangsa yang terselamat dimasukkan ke hospital.

Laporan media menyebut kebanyakan penumpang tidur ketika bas terbakar kira-kira 140 kilometer ke tenggara bandar raya Hyderabad, menyebabkan mereka tidak sempat menyelamatkan diri.
Kebanyakan mangsa tidak dapat dikenali kerana rentung.

Kira-kira 140,000 maut dalam kemalangan jalan raya di India pada 2012, menurut Biro Catatan Jenayah Kebangsaan.

Keadaan jalan raya yang teruk, kenderaan dipandu laju dan kaedah pemanduan tidak berhati-hati menjadi antara faktor penyumbang dan kemalangan bas dengan angka kematian lebih ramai bukan asing di negara itu.
Mei lalu, sekurang-kurangnya 33 maut apabila bas terlebih muatan tergelincir dan terjunam ke dalam sungai di negeri Himachal Pradesh. – AGENSI

Tidak ada komentar:

Posting Komentar