Senin, 16 Desember 2013
Browse »
home»
amah
»
dera
»
ditahan
»
india
»
isteri
»
mp
»
Dera amah Isteri MP India ditahan
Dera amah Isteri MP India ditahan
Dhananjay Singh
NEW DELHI - INDIA. Isteri kepada seorang ahli Parlimen ditahan bagi membantu siasatan berhubung kematian pembantu rumahnya di Delhi South Avenue, Isnin lalu.
Menurut laporan The Times of India, siasatan polis mengatakan, pembantu rumah itu telah mati pada awal pagi namun, kematiannya lewat dilaporkan.
Polis percaya mangsa turut didera ekoran kesan kecederaan pada kepala dan beberapa bahagian tubuh lain.
Ahli Parlimen Jaunpur, Dhananjay Singh dan isterinya, Jagriti Singh kini berada di bawah tahanan polis selama lima hari.
Sehari selepas pendedahan kes penderaan tidak berperikemanusiaan itu, polis menemui lebih banyak bukti bersifat kejam.
Polis berjaya mengesan pembantu rumah ketiga pasangan berkenaan, Meena Sardar, 35, turut pernah dikejarkan ke Hospital Ram Manohar Lohia akibat kecederaan lecur dan beberapa kecederaan lain.
Disebabkan tidak mendapat bantuan perubatan, Meena hampir tidak boleh berjalan.
Akibat dari kecederaan itu, pinggul, tangan, kaki dan belakang badannya kekal kesan terbakar.
Seorang lagi pembantu rumah, Rakhi Bhadra, 35 turut mendakwa telah dihantar ke rumah abang iparnya.
Sementara itu, dalam kenyataan kepada polis, Meena menyebut dia pernah terlihat Jagriti memerhatikan pembantu rumah lelaki yang berusia 17 tahun sedang mandi melalui CCTV.
Menurut Meena, apabila perkara itu diadukan kepada suami majikannya, ahli Parlimen itu hanya mengatakan "tidak mengapa".
Meena memberitahu majistret, dia sebaliknya turut diugut ahli Parlimen itu agar tidak membuka mulut.
Menurut sumber, seorang lagi pembantu rumah pasangan itu telah meninggal dunia di kampung Balsafa, Jaipur pada tahun 2009.
Langganan:
Posting Komentar (Atom)
Tidak ada komentar:
Posting Komentar