Sabtu, 21 Desember 2013

Browse » home» » » » » » » » » » » Suami Bakal Bukukan Pengalaman Menjaga Isteri Koma Hingga Nafasnya Terakhir…

Suami Bakal Bukukan Pengalaman Menjaga Isteri Koma Hingga Nafasnya Terakhir…



MUNGKIN ramai yang masih ingat lagi kisah seorang suami, Abil Fikri Ahmad yang sanggup berhenti kerja demi menjaga isterinya yang terlantar koma lebih setahun lamanya.

Isterinya yang menghidap saraf otak, Fauziah Muhamad, 39 atau Gee telah menghembuskan nafas terakhir  di rumah mereka di , Taman Seri Putih, Seremban pada 2 April lalu.

Kisah mereka mendapat perhatian umum setelah Abil menulis luahan hati dan perasaannya sepanjang menjaga isterinya yang tersayang itu di dalam sebuah blog.


Untuk rekod, Gee diserang asma sehingga menyebabkan dia mengalami kerosakan pada saraf otaknya sejak Jun 2011.

Sejak Gee meninggal, lama tak dengar khabar Abil.

Rupa-rupanya dia sedang menyiapkan sebuah buku bagi menceritakan pengalamannya bersama Gee dulu.

Mudah-mudahan Abil dapat menyiapkan buku yang pasti dinanti kehadirannya oleh banyak pihak terutama yang kagum dengan kesungguhan dan ketabahan Abil selama ini.

Di sini kami sertakan salah satu entry dalam blognya, tulisan pertama Abil sebaik sahaja arwah Gee dijemput menemui Pencipta-Nya.


Al-Fatihah untuk isterinya;

Selamat Tinggal Dear…

Assalamualaikum U guys….

Hanya U guys n me sahaja kini…..My Dear sudah meninggalkan I dan kita semua buat selama lamanya pada 2 April lalu, jam 9.55am ketika I disisinya…Meninggalkan kita n menuju pada tempat yang lebih baik, yang lebih selesa dan kini bersama sama di dalam kelompok orang orang yang mendapat keampunan Allah, Rahmat Allah dan kasih sayang dari Allah…..INSYALLAH…amin..amin..amin Ya Roballa’lamin..

Sehari sebelum itu, I banyak menghabiskan masa bersama Gee, berbeza dari hari2 sebelumnya..Pelukan, ciuman kasih dari suaminya ini tak putus2 I berikan..Sehingga pada solat Magrib, hati I berkata dengan jelas..”Lepas solat Isyak nanti pergi gunting rambut, kemas2kan janggut tu, siap siap..” kata hati I. Memang I pergi menguruskan kata hati tu tadi tanpa tertanya tanya..Balik sahaja ke rumah lepas tu I terus menghabiskan masa semula dengan Gee..Bila I usap dahinya I dapat rasakan Dahi Gee lembab, bukan berpeluh..Hati ni berdebar sebentar..Tanda2nya pemergian Gee jelas. I membisikkan kalimah shahadah berulang2 kat telinga Gee sehingga Gee tertido dengan tenanggggg sekali…

Keesokkan pagi bila I nak siapkan susu Gee pada waktu tertera di atas..Di depan mata I, Gee menarik nafas perlahan dan sungguh sungguh tenang 2 kali..kemudian segala galanya terhenti….Ibaratkan Gee telah mengucapkan Selamat Tinggal buat selamanya di dunia ini pada I..Terus memeluk lembut n erat Gee, I ucapkan kalimah kalimah yg sepatutmya, di iringi airmata yang tidak dapat di tahan tahan lagi…Selesai I peluk Gee…..Wajah dan badannya bagaikan “glowing”..macam bercahaya lembut..! Dan sekali lagi I memeluk arwah Isteri saya kembali….

Segala urusan jenazah sangat mudah dan terasa cepat sekali, jam 3 ptg solat jenazah di Masjid Rasah dan kemudian ke Makan Tuan Hj Said, Seremban. Hanya I yang menemani jenazah di dalam van ketika tu..Tiada apa yg dapat I katakan waktu itu…hanya sepi..Sampai sahaja di kawasan Makam, tiba2 bau wangi mula terasa dlm van tu..bila semakin hampir “Rumah” Gee, bau wangi semakin kuat..Terus I berkata pada arwah..” Rupa rupanya u Dear tak sabar sabar nak ke rumah u yea..” Tersenyum I keseorangan apabila terasa di hati betapa bertuahnya U Dear di sisi Allah


..Bila tiba di ruang lahat u, semua org nampak betapa kemas dan kelihatan sangat bersihnya…Wajah u I buka kain kapannya untuk mencium tanah, sekali lagi sangat cerah dan ketenangan wajah u jelas kelihatan. Salam terakhir I bisikkan pada Gee dan I berkata…” Dear..awak tunggu saya yea, pasti I akan jumpa awak nanti..InsyAllah.”……BERTUAH u Dear…INSYALLAH..

Perginya u Dear, meninggalkan perasaan rindu yg ikhlas di hati suami u ini…Selamat Tinggal Sayang…(http://abil4fauziah.blogspot.com)

Tidak ada komentar:

Posting Komentar