Tampilkan postingan dengan label sabah. Tampilkan semua postingan
Tampilkan postingan dengan label sabah. Tampilkan semua postingan

Rabu, 19 Februari 2014

Penceroboh Sabah ibarat isytihar perang

Wartawan Sinar Harian
4 Mac 2013
Kronologi Lahad Datu
Perkembangan pencerobohan di Lahad Datu
Kronologi Lahad Datu
Kronologi Lahad Datu
Penceroboh Sabah ibarat isytihar perang
Sekumpulan tentera daripada 21 Rejimen Askar Melayu Diraja Kem 8 Briged Pengkalan Chepa berkumpul di Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra, Pengkalan Chepa hari ini. - Foto Berna
SHAH ALAM - Pasukan keselamatan negara perlu bertindak tegas terhadap sekumpulan penceroboh di Lahad Datu yang dilihat mengancam keselamatan negara.

Ketua Kluster Politik, Keselamatan dan Hal Eh-wal Antarabangsa Majlis Profesor Negara (MPN), Prof Datuk Dr Mohamed Mustafa Ishak berkata, Sabah adalah sebuah wilayah Malaysia.

Oleh itu, pasukan keselamatan mesti mempertahankan kedaulatan negara daripada sebarang ancaman pihak asing.

Katanya, pencerobohan sekumpulan orang yang dikatakan sebagai tentera kerajaan kesultanan Sulu itu adalah satu pencabulan ke atas Malaysia.

“Kerajaan dan pasukan keselamatan negara sudah beri amaran, masa dan peluang berunding agar berundur, tetapi berlaku ketegangan hingga korbankan anggota keselamatan kita.

“Mereka ini ibarat isytiharkan perang ke atas negara kita. Justeru kita tidak boleh biarkan keselamatan, nyawa dan negara berada dalam situasi bahaya,” katanya.

Mustafa berkata, sebagai negara berdaulat dan merdeka, pasukan keselamatan mesti mempertahan maruah negara dengan apa cara sekali pun.

“Mana-mana negara pun pasti akan mengambil tindakan tegas sekiranya situasi seperti ini berlaku. Ini bukan lagi soal kemanusiaan, tetapi soal keselamatan dan ancaman terhadap negara.

Menurutnya, mana-mana pihak pun tidak boleh mengecam tindakan keras yang dikenakan terhadap penceroboh demi mempertahankan maruah negara.

“Sekiranya wujud kecaman terhadap tindakan keras pihak keselamatan, mereka adalah golongan tidak patriotik dan tidak layak menjadi warga Malaysia.

Mustafa berkata, situasi sebenar yang berlaku perlu dijelaskan kepada orang ramai supaya mereka faham dan tidak ada yang cuba mempolitikkan insiden tersebut.
Read More..

Kamis, 30 Januari 2014

Penasihat Sultan Sulu Atur Strategi Untuk Dapatkan Sabah



MANILA - Seorang pastor yang dikenali sebagai Saycon tampil mengakui beliau adalah penasihat kepada Sultan Sulu Jamalul Kiram III dalam membuat tuntutan ke atas Sabah.

Saycon berkata beliau bekerja untuk sultan atas kapasiti peribadi dan bukan sebagai Setiausaha Agung Majlis bagi Hal Ehwal Filipina (Copa).

Dalam temu bual dengan media tempatan Saycon berkata, beliau terpanggil untuk menerangkan keadaan sebenar selepas pengikut Sultan Sulu dan pasukan keselamatan Malaysia menemui jalan buntu untuk menyelesaikan masalah itu di Lahad Datu, Sabah hingga mencetuskan keganasan.

Saycon mendakwa sebagai pakar strategi politik dan berperanan ketika penggulingan bekas Presiden Joseph Estrada pada 2001 dan berpengaruh dalam pentadbiran bekas Presiden Gloria Macapagal Arroyo.

“Sebagai seorang penasihat kepada sultan, saya membantu beliau mengumpul bukti dan dokumen yang akan membantu dalam tuntutan Sabah kepada Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB). Saya juga membantu beliau menyusun strategi supaya beliau dapat fokus kepada usaha untuk mendapatkan semula Sabah,” katanya dipetik Globalnation Inquirer.

Ditanya sama ada beliau juga menasihatkan Jamalul untuk menghantar Azzimuddin dan bilangan pengikut ke Sabah untuk menuntut sebahagian wilayah Malaysia, beliau mejawab: “Tidak."
Namun beliau mengakui bahawa mengetahui tentang rancangan menuntut Lahad Datu sejak Ogos lalu.

Saycon berkata, terdapat empat percubaan untuk memasuki Lahad Datu iaitu pada Ogos dan September lalu.

“Ketika itu, saya juga mendapat tahu tindakan nekad memasuki Lahad Datu disebabkan terdapat pengikut mereka di Tausung Sabah tertindas ini menyebabkan Sultan Sulu berasa malu kerana tidak mampu berbuat apa-apa. Beliau juga menerima laporan bahawa terdapat pengikutnya dipukul anggota keselamatan Malaysia sebelum dihantar pulang ke Sulu dan Tawi-Tawi,” katanya.

Menurutnya, selepas kerajaan menandatangani perjanjian damai awal dengan Barisan Pembebasan Islam Moro pada Oktober 2012, terdapat ketegangan dalam pentadbiran kesultanan, tetapi tiada rancangan untuk menduduki Sabah.

Namun, Jamalul khuatir dan kecewa kerana permintaan mereka kepada kerajaan termasuk tuntutan Sabah dalam rundingan damai dengan Bangsamoro itu tidak dinyatakan.

“Percubaan ketiga adalah pada November selepas Jamalul mengeluarkan dekri diraja membenarkan Azzimuddin pergi ke Sabah, perintah itu dikeluarkan semasa mesyuarat puak di Bandar Zamboanga.

Beliau berkata, sebelum Disember lalu beliau mendapat tahu Azzimuddin telah mengumpulkan senjata untuk penyokong dan pengikut menyeberang ke Sabah.

“Segala tindakan beliau dari awal tidak saya setuju, malah saya meyakinkan beliau supaya mengumpul dokumen dan sokongan untuk dihantar kepada jawatankuasa Kehakiman PBB kerana itu usaha terakhir bagi mereka,” katanya.

Saycon berkata, Kiram menjelaskan kepadanya bahawa Kesultanan Sulu tidak mempunyai pilihan tetapi akan melakukan apa sahaja yang didesak oleh pengikutnya.

“Mereka akan kehilangan maruah jika gagal untuk melakukannya, sebagai pengikut mereka hanya mahu merebut kembali Sabah dan perkara itu memberi tekanan kepada sultan,“ katanya
Read More..

Jumat, 20 Desember 2013

VIDEO Perempuan Sabah Seksi Gaduh Dalam Semak


Jika semalam kami ada siarkan video tiga remaja perempuan bergaduh sampai salah seorangnya pengsan, hari ini sebuah lagi video perempuan bergaduh tersebar di laman sosial.

Video berdurasi 3:24 minit yang dipercayai dirakamkan di Penampang, Sabah ini menyaksikan dua gadis seksi bergomol dalam semak.

Memang ganas habis sampaikan salah seorang yang menjadi ‘lauk’ dalam rakaman ini terpaksa melaungkan ‘Allahukbar’ dan meminta tolong sekuat hati, barangkali kerana terlalu takut melihat kawan gaduhnya dah macam naik hantu.

Jika didengar pada perbualan mereka, punca kelahi dipercayai disebabkan oleh ‘mulut’ salah seorang daripadanya.

Apa yang kelakar setelah berjaya menumbangkan lawannya, gadis yang dikira pemenang dalam video ini baru sedar ada semut di telinga dan pahanya.

Tapi tak kiralah walau apa pun punca pergaduhan ini, kami tak fikir ini cara terbaik untuk menyelesaikan masalah.

Apatah lagi bagi kaum hawa, sebab buruk benar bila menengoknya.

Kalaulah bakal bini macam ini perangainya, sah-sah kena pangkah awal-awal lagi! – REM RAMZI


Read More..